CEKGUSKY URUT DAN HIJAMAH BEKAM SUNNAH
Lokasi: Kampung Melayu Subang
Juga khidmat ke rumah sekitar Kota Damansara, Puteri Subang, Subang Bestari, Subang Murni, Subang Perdana dan sekitarnya.
whatsapp: 0193376751
_________________________________________________________________________________
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
Apa itu Hijamah / bekam?
Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap (vacuum), kemudian melakukan sayatan nipis (hirisan) pada permukaan kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah.
Proses pengubatan bekam mempunyai 3 peringkat iaitu :
1)Penyedutan
2)Penyayatan
3)Pengeluaran darah.
PENCERAHAN :
Ada qaul yang menyatakan penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Lut a.s. Kaum Nabi Lut a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka, mereka akan melempari kepala orang itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dengan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan. Ini membuktikan penggunaan bekam sebagai cara pengubatan telah digunakan sejak zaman itu sehingga zaman Rasulullah SAW dan pada masa kini.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai saranan berbekam ini:
خَيْرُ يَوْمٍ تَحْتَجِمُوْنَ فِيْهِ سَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِيْنَ , وَقَالَ: وَمَا مَرَرْتُ بِمَلإٍَ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي إِلاَّ قَالُوْا: عَلَيْكَ بِالْحِجَامَةِ يَا مُحَمَّدُ
"Hari yang baik untuk kamu berbekam padanya ialah 17, 19 dan 21. Dan sabda Baginda seterusnya: Aku tidak lalui pada malaikat dari malaikat-malikat (yang ditemui) pada malam aku diisra'kan kecuali mereka mengatakan: “Hendaklah kamu berbekam wahai Muhammad”.
(HR: Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi))
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu, torehan alat bekam, al-khayy (bakar dengan api) sesungguhnya aku melarang umatku dari 'khayy."
(HR: Bukhari)
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit."
(HR: At-Tabarani)
SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.
Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Manfaat dan kelebihan bekam menurut pengamal perubatan ini, antaranya ialah ;
1) Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w
2) Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
3) Mencuci darah
4) Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
5) Sangat berkesan mengatasi racun (toxik dalam badan)
6) Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah.
7) Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi.
8) Mengatasi gangguan tekanan darah.
9) Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.
KESIMPULAN :
Pengamal bekam turut perlu untuk memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti Ayat Kursi, doa dan Selawat Syifa’, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana dikatakan bekam bukan sahaja mampu menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir. Insya Allah !
Wallahu a'lam - Doakan..
No comments:
Post a Comment