Monday, 4 January 2016

AIR KELAPA MUDA
Air kelapa ialah air isotonik alamiah. Ia mengandungi kandungan bahan-bahan galian termasuk
unsur-unsur seni yang menyerupai kandungan mineral yang terdapat di dalam bendalir tubuh.
Hanya terdapat sedikit perbezaan di mana kandungan natrium air kelapa muda jauh lebih rendah
daripada yang terdapat dalam darah.
Air kelapa yang bersifat diuretik, digunakan untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan melegakan
rasa dahaga; malah boleh mengatasi masalah rasa rimas dan kemurungan. Orang tua kita dahulu
biasa menggunakan air kelapa muda untuk merawat pesakit yang mengalami demam panas dimana
suhu badannya menjadi terlalu panas dan mengalami kekurangan air dalam tubuh.
Dari pandangan perubatan tradisional, bahan yang bersifat menyejukkan (antipiretik) digunakan bagi
meredakan kepanasan tubuh seperti pengidap selsema. Dari sudut biokimia pula, air kelapa terdiri
daripada air, garam galian, asid amino dan beberapa jenis sebatian berasaskan phenol. Beberapa
jenis unsur seni di dalam air kelapa adalah bersifat antivirus dan antioksidan. Asid-asid amino
tertentu bersifat anti-peradangan. Cytokinin air kelapa dipercayai memiliki sifat mengharmonikan
sistem kekebalan seperti yang dilaporkan di dalam Journal of Plant Physiology keluaran November
2009.
Dari perspektif keasidan dan kealkalian berpandukan pada ekologi tubuh, seseorang yang
mengalami demam dan flu lazimnya pH tubuh bersifat asid. Air kelapa bersifat alkali dan secara
langsung ia membantu meneutralkan keasidan tubuh. Persekitaran pH tubuh yang normal
menyebabkan ia bukan persekitaran yang sesuai untuk didiami oleh virus dan sel kanser.
SIFAT-SIFAT TERAPUTIK AIR KELAPA MUDA
1. Kandungan mineral-mineral bersifat antivirus seperti zinc, selenium dan iodin. Zinc dan
selenium juga bersifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mengurangkan
paras radikal bebas dalam tubuh; secara tidak langsung ia bertindak sebagai antiperadangan.
2. Selenium, zinc dan manganese membantu merangsang sistem kekebalan.
3. Kandungan kalium yang tinggi, lebih tinggi daripada pisang. Kandungan kalium dan
magnesium membantu merehatkan saraf dan saluran-saluran dalam organ pernafasan.
4. Cytokinin ialah sejenis kimia faktor pertumbuhan yang membantu merangsang ploriferasi
atau pembahagian sel-sel dalam tumbuh-tumbuhan. Cytokinin telah terbukti dapat
melambatkan proses penuaan pada manusia dengan membantu memulihara sel-sel tisu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas Urut Dan Bekam kita pekena air kelapa kat Pasar Tani Subang pun cantik...
Wassap saya : 0193376751

No comments:

Post a Comment