PELBAGAI ISTILAH BEKAM
Sebutlah apa saja nama atau istilahnya: bekam sinergi, bekam estetik, bekam meridian, bekam sunah, bekam klinikal, bekam angin, bekam luncur, bekam tarik, bekam "overhaul" dsbnya. Namun pada dasarnya secara prinsip menurut Teori Taibah ia tetap kekal berfungsi untuk mengeluarkan sejumlah CPS(bahan² punca penyakit atau yg berkaitan dengan patogenesis penyakit) drp pembuluh² darah kapilari ke ruang interstitial(ruang antara sel yg mengandungi plasma darah, cecair limfa dan " extracellular"). Ini berlaku berikutan kesan Tekanan Negatif (nyahudara)di dlm cawan bekam yg berupaya meningkatkan kadar filtrasi dan permeabliti (kebolehtembusan) dinding² kapilari bagi membenarkan pergerakan CPS melaluinya. Bagaimanapun fungsi bekam angin, bekam luncur & bekam tarik umpamanya hanya sampai ke tahap ini sahaja. Tiada pengeluaran atau penyingkiran CPS melalui kulit sebab kulit tidak dilukai. CPS cuma berada atau bercampur cecair di ruang interstitial sebelum secara perlahan² disedut semula oleh vena kapilari melalui mekanisme tekanan cecair interstitial dan tekanan osmotik. Sejumlah CPS ini akan dibawa ke hati utk dineutralkan, selebihnya dibuang oleh ginjal dan usus sebagai air kencing & najis. Sisa² CPS yg masih tertinggal di ruang cecair tisu pula disedut kedlm kelenjar peluh melalui mekanisme berkenaan di mana akhirnya keluar ke permukaan kulit sebagai peluh ketika cuaca panas atau beraktiviti fizikal. Proses penyingkiran CPS melalui kaedah penyerapan semula dan detoksifikasi ini sudah pasti memerlukan sejumlah masa berbanding bekam darah yg memerlukan ada antara 10-15 minit sahaja utk membuang bahan² punca penyakit atau yg berkaitan dengannya.
Dalam bekam estetik umpamanya sejumlah "darah kotor" biasanya dikeluarkan pada bahagian muka dengan tujuan utk melancarkan aliran darah & meningkatkan tahap kesihatan kulit wajah. Aliran darah lebih banyak yang kaya dgn oksigen & nutrien terutamanya protein amat diperlukan utk penghasilan kolagen bagi menambah atau mengekalkan kuatan serta keanjalan kulit muka. Bekam sinergi pula merujuk kpd kombinasi rawatan bekam basah(darah) dengan TCM spt moksa & akupunktur, bekam angin, bekam luncur dsbnya mendapatkan kesan terapeutik yg lebih optimum. Bekam klinikal pula lebih merujuk kpd penggunaan kaedah atau peralatan yg moden, aseptik & steril termasuk pemakaian PPE & "clinical device" yg bersesuaian sebelum, semasa & selepas prosedur bekam. Ada banyak lagi istilah bekam yang terhasil samada drp gabungan dgn kaedah rawatan tertentu atau rujukan kpd tujuan utama kenapa ia dilakukan. Sepertimana pada awalnya tadi, apapun istilahnya atau kaedahnya, prinsip utama bekam tetap tidak berubah iaitu menyingkirkan bahan² punca penyakit atau yg berkaitan dengannya (CPS), termasuk menyingkirkan mana² drp 6 unsur yg berlebihan atau tidak seimbang di dalam badan(TCM), membantu mengurangkan tahap kesakitan melalui mekanisme² tertentu, mengurangkan risiko² penyakit tertentu dsbnya.
Medik Sabri
09. 12. 17
Rujukan:
1. Teori Taibah: Dr Salah Mohamed El Sayed
2. Bekam Sinergi: Dr Achmad Ali Ridho
3. Bekam Klinikal: Prof. Dr. Abd Aziz
Kredit 🔗sabri Sabree Othman
No comments:
Post a Comment