Saturday, 5 August 2017

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, AbgLong sudah kembali dari menunaikan haji, semoga Allah Taala menganugerahkan haji yang mabrur..

AbgLong sudah kembali beroperasi !

In Sha Allah!


  • Terapi Pembetulan Tulang Belakang
  • Urut Melayu
  • Bekam Sunnah

Temujanji kita seperti biasa : 0193376751

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?
👉Selepas 4 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
👉Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
👉Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
👉Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
👉Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW… “Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
KEBAIKAN KALAU KITA BERBEKAM
Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Jom sama-sama kita amalkan bekam dalam kehidupan kita untuk kesihatan tubuh badan kita.


Wassalam wbt


No comments:

Post a Comment