Sistem tubuh Badan manusia merupakan sebuah sistem yang lengkap dan sempurna serta saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Ini kerana Ianya diciptakan oleh yang maha pencipta Iaitu Allah s.w.t
Dan antara sistem yang teramat penting didalam sistem keseluruhan tubuh Badan adalah sistem peredaran darah. Ini kerana ia boleh diibaratkan sebagai nadi kehidupan kepada keseluruhan sistem tubuh yang lengkap Itu.Sistem peredaran darah terdiri dari tiga komponen utama, iaitu jantung, darah dan pembuluh darah. Boleh dikatakan sistem ini bermula dijantung sebagai enjin yang mengepam darah Melalui pembuluh darah menuju keseluruh sistem tubuh dan kembali semula kejantung.
Inilah proses yang berulang sehingga hayat keseluruhan sistem tubuh berhenti.
Dalam perjalanan darah keluar dari jantung Ia membawa bersamanya oksigen dan zat-zat makanan untuk kegunaan sistem-sistem tubuh yang dilaluinya..
Sebagai contoh untuk lebih mudah difahami, darah yang kaya dengan oksigen dari jantung bergerak melalui arteri karatoid menuju ke otak untuk membekalkan kepada sistem otak oksigen dan zat-zat makanan yang diperlukannya supaya Ia dapat melaksanakan Segala tugas-tugasnya dengan baik dan tidak berlaku kegagalan yang boleh menyebabkan timbulnya masaalah pada sistem otak tersebut.
Timbulnya penyakit akibat dari kegagalan sistem otak berfungsi dengan baik ditandai dengan berlakunya pelupa, migrin, strok dan sebgainya.
Dari situ kita boleh melihat bahawa betapa penting dan berpengaruhnya sistem peredaran darah kepada sistem2 tubuh Badan yang lain.
Dengan Itu kita Sebagai Hamba Allah yang diamanahkan untuk menjaga seluruh sistem tubuh Badan ini, kita mestilah berusaha mengenali keseluruhan sistem tubuh termasuk sistem peredaran darah supaya kita lebih bersyukur dan berilmu didalam menjaga amanah Allah ini.
No comments:
Post a Comment