BEKAM, SISTEM LIMFATIK, PERADANGAN DAN TEORI TAIBAH. MANFAAT MENAKJUBKAN !!
.
http://wasap.my/60193376751/TerapiAbgLong
Bekam darah merupakan satu prosedur mengeluarkan sejumlah 'darah kotor' melalui permukaan kulit dengan tusukan atau sayatan dengan penggunaan cawan bekam bertekanan negatif.
.
Menurut teori Taibah, tekanan negatif yang dikenakan kepada permukaan kulit akan mengikuti hukum boyle's dimana semakin besar volume semakin rendah tekanan.
.
Tekanan bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan yang rendah maka ia akan mendatangkan kesan mendalam kepada saluran darah sehingga berlaku peningkatan filtrasi tembusan melalui dinding saluran darah membolehkan sel-sel darah rosak atau mati serta agen-agen punca penyakit atau dikenali sebagai cytology pathological substance, CPS melaluinya dan berkumpul pada tisu-tisu di bawah kulit.
.
Ketika tusukan jarum atau sayatan pisau dikenakan pada kulit yg telah dikenakan tekanan negatif 'darah kotor' atau CPS akan keluar dan disedut ke dalam cawan bekam.
.
CPS atau Causative Pathological Substance menurut teori Taibah adalah :
1. Serum iron
2. Ferritin
3. Sel darah yang hemolisis
4. Kolesterol
5. Asid uric
6. Trigliseride
7. LDL
8. Autoantibodies berlebihan
9. Cecair intravascular
10. Inflammatory mediator
11. Metabolic waste products
12. Noxious Substance
.
Teori Taibah juga menggunakan mekanisma pembersihan ini seperti organ ginjal yang menyingkirkan bahan kumuhan seperti urea, kreatinin, asid urik, bahan-bahan kimia dan sebagainya.
.
Bagaimanapun bekam menurut teori Taibah ini melakukan lebih daripada yang mampu dilakukan oleh ginjal kerana ia juga menyingkirkan sel-sel darah mati atau rosak, agen-agen punca penyakit seperti lebihan gula, lemak, kolesterol, asid urik, air, bakteria, inflammatory mediator dan sebagainya.
.
Secara teori apabila keluar sejumlah unsur-unsur tersebut ia amat diyakini dapat membersihkan darah serta meningkatkan pengaliran darah yang kaya dengan oksigen, nutrien, antibodi dan zat-zat lain di dalam sistem saluran darah sekaligus menyumbang kepada peningkatan sistem pertahanan badan dan membantu proses penyembuhan penyakit atau kecederaan.
.
Bekam juga boleh meningkatkan pengaliran sistem limfatik. Sedutan bekam boleh merangsang pergerakan skeketal muscle dan menghasilkan suasana peradangan yang akan meningkatkan pengaliran darah secara lokal mahupun sistemik akhirnya meningkatkan gelombang pulse arteri yang merangsang pergerakan lymph di dalam sistem limfatik.
.
Sistem limfatik yang berfungsi dengan baik akan memastikan keseimbangan cairan tubuh berjalan dengan baik disamping menjaga sistem pertahanan tubuh.
.
Gangguan sistem limfatik juga mempengaruhi kadar penyerapan lemak di dalam sistem pencernaan yang diduga boleh mengganggu kadar penyerapan nutrisi atau boleh mengakibatkan beberapa masalah yang berkaitan.
.
Begitu banyak manfaat bekam sekiranya teknik yang dilakukan menepati kriteria teori Taibah.
.
Persoalan yang timbul !
Banyak kaedah rawatan yang dipraktiskan secara tidak sedar telah mengurangi kesan maksimum teori Taibah dan hukum boyle's seperti yang telah diterangkan di atas.
.
Sayang rasanya kerana elemen sedutan pertama, perlukaan dan sedutan kedua telah dilakukan cuma kesannya kurang maksimum.
.
Teknik bagaimana kaedah yang baik dalam memaksimakan kesan bekam seperti yang digambarkan dalam teori Taibah itu perlu difahami.
.
Kepentingan mempelajari anatomi marking, proses peradangan, tulang belakang, sistem limfatik dan sebagainya penting untuk mendapatkan kesan maksimum dalam mengikuti teori Taibah ini.
.
.