Friday, 30 December 2016

Pembetulan Tulang Belakang(PTB)
(Must Read)
Pembetulan Tulang Belakang (PTB) . Di sudut maknanya PTB ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini , kaedah popular yang hampir sama tetapi lebih meluas dalam manipulasi tulang belakang ini ialah Yumeiho, Shiatsu dan Kiropraktik.
Namun bagitu PTB yang AbgLong cuba kemukakan ini merupakan method gabungan Urutan Tradisi Melayu, Peceu dan Yumeiho hasil pengalaman mengurut secara tradisi dan pemerhatian yang mendalam kaedah yg tersebut. Setiap kaedah mempunyai kelebihan terswndiri. Tujuan awal AbgLong ialah untuk memberikan perkhidmatan urutan badan terbaik kepada mereka yang sering rasa tidak sedap badan, lenguh dan lesu atas pelbagai sebab. Namun masalah tulang belakang dan tulang pinggul AbgLong dapati adalah punca utama kepada pelbagai kesakitan yang lain membawa AbgLong juga turut berkursus memahami teknik terapi kaedah Yumeiho dan Kiropraktik ini.
Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5),ruas Sacrum , ruas Coccyx (tulang ekor)
2. Punca sakit tulang belakang.
1. Ibu hamil
· Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
· Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
· Dibetulkan selepas melahirkan anak.
2. Cara menyambut anak ketika kelahiran.
· Dislokasi tulang cervical
· Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
· Pendengaran juga menjadi kurang peka.
· Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.
3. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
· Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.
4. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
· Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.
5. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
· Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.
6. Kasut yang kurang kualiti
· Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.
7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
· Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.
8. Tilam yang tidak berkualiti
· Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .
9. Lumpuh
· Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.
10. Kecederaan sewaktu bersukan.
· Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.
11.Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
· Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.
12.Bantal tidur yang terlalu tinggi.
· Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
13.Obesiti
· Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.
14.Kemalangan
· Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
15. Kurang air dalam badan.
· Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.
Sakit belakang
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.
Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-
1. Patah
2. Tulang haus
3. Tulang kering
4. Bentuk tulang.
Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti
a. Lordosis dan kifosis(bongkok)
b. Skoliosis.(tulang bentuk s)
Pemahaman ilmu PTB
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakansatu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.
Pemeriksaan Tulang belakang
Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.
1. Jari tangan.
- Bengkok terutama jari kelingking
- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.
- Rasa kebas di hujung-hujung jari.
2. Kepala
- Sakit kepala
- Stress yang berpanjangan
- Tekanan jiwa.
3. Pinggang
- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.
4. Jantung
- Laju.
Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari masalah tulang belakang

walahua'lam.

KHIDMAT TERAPI KESIHATAN
*******************************
" Sembuh dengan izin Allah "
Guna Saya Tanpa Was-was...
******************************************

  •  Bekam Titik Nabi
  • Urutan Badan Tradisonal
  •  Pembetulan Tulang Belakang (Yumeiho)
  •  Refleksologi Tapak Kaki

******************************************
Penyelesaian Masalah Utama seperti :
- Sakit Pinggang, Sakit Belakang, Sakit belikat, Kejang Otot, Lenguh Sendi, Sakit Tengkuk,
Migrain, Kelakian..
--------------------------------------------------------------------
Tel/Whatsapp :0193376751
No Pengamal Gapera : GP000831
Lokasi :Kg Melayu Subang
Page : Khidmat Bekam Subang
Blog : Terapi Bekam Dan Urut Melayu
******************************************

Wednesday, 14 December 2016

Terapi Pembetulan Tulang Belakang (Yumeiho) adalah satu terapi rawatan unik yang menakjubkan untuk memperbetulkan posisi struktur badan dan mengendurkan otot-otot secara radikal dalam membantu menyembuhkan penyakit. Jenis terapi ini dilihatkan sebagai terapi pergerakan fizikal seperti regangan, penarikan, tekanan fizikal dengan menjadikan tulang pinggul sebagai pusatnya supaya sendi-sendi dipulihkan dan mengimbangi kedudukan struktur badan. Apabila struktur badan dapat diseimbangkan, pesakit akan mempunyai kekuatan dalaman untuk melawan penyakit.

Sebenarnya, tidak ramai yang mempunyai tulang pinggul yang sempurna. Namun tidak ramai yang menyedari hakikat tersebut. Posisi tulang pinggul yang tidak seimbang akan menyebabkan tulang belakang menekan saraf-saraf dan menyebabkan gangguan otot-otot, sendi-sendi dan seluruh anggota badan yang lain. Akhirnya menjadi penyebab utama sakit kepala, belakang badan, pelbagai masalah disc/tulang belakang, pinggul, bahu dan masalah organ dalaman tubuh badan.

Dalam rawatan terapi ini, tulang pinggul menjadi asas keseimbangan anatomi tubuh badan. Dengan itu, terapis dituntut membuat pemeriksaan tulang pinggul dahulu sebelum memulakan proses rawatan. Juga diakhiri rawatan dengan pemeriksaan semula pada tulang pinggul. Hasil daripada terapi tersebut, pesakit akan mendapat pelbagai manfaat di antaranya ialah:-

♦ Memperbetulkan struktur tulang dan tubuh badan untuk lebih seimbang dan seterusnya
gerakan badan akan berasa selesa

♦ Meningkatkan sistem kekebalan badan dan memperkuatkan organ-organ dalaman

♦ Memberi kesegaran dan rasa kepenatan tubuh badan.

♦ Melancarkan peredaran darah

♦ Menyembuh dan mencegah penyakit-penyakit kronik melalui penjanaan kemampuan
tubuh badan untuk penyembuhan terhadap diri sendiri

♦ Memperbaiki fungsi organ-organ seks

*Untuk dapatkan rawatan hubungi
  Tel/Whatsapp : 0193376751
*Rawatan dengan temujanji  sahaja !

"I will do the best, Allah do the rest!"




Saturday, 3 December 2016

Mari-mari AbgLong nak story sikit sbb ramai yang tanya..

Apa itu yumeiho ?

Yumeiho adalah satu teknik tekanan (picit), urutan, penarikan dan tekanan - tekanan pada vertical dapat memulihkan sendi- sendi yang terkehel, dan meletakkan kembali tulang-tulang yang "dislokasi". Ia merupakan satu kaedah membetulkan tulang pinggul yang menjadi paksi kepada semua masalah anggota seterusnya membetulkan tulang belakang dan sendi- sendi yang lain.

Tahu Tak? Kenapa anda mengalami sakit pinggang. sakit tulang belakang, migrain, bahu senget sebelah, selalu tersepak benda di laluan kaki, masalah senggugut, haid tak teratur, sakit lutut dan sebagainya?

Cuba try test  periksa kaki anda ketika baring.. adakah kaki anda panjang sebelah?
Jika ada itu menunjukkan kemungkinan besar tulang pinggul anda DISLOKASi!
Hampir semua orang mengalami dislokasi pinggul walaupun hanya sedikit. Disebabkan dislokasi tulang pinggul  menyebabkan saraf-saraf sepanjang tulang belakang bolej tersepit dan menyebabkan gangguan fungsinya. Dislokasi tulang pinggul menjadi penyebab utama sakit bahu, sakit pinggang dan orang-organ yang lain dalam tubuh.

Kenyataan ini tidak difahami oleh kebanyakkan orang, anggapan sakit pinggang, punggung, kaku leher dan kaki adalah disebabkan salah urat. Bahkan vertigo, migrain, keputihan, senggugut dan sakit organ yang lain boleh disebabkan dislokasi tulang pinggul.

Macamana Nak Rawat?

Mari cuba Terapi Yumeiho yang AbgLong gabungkan dengan pengalaman Seni Urut Melayu..!
Oh ya.. lupa bagitahu Yumeiho ni  berasal dari Jepun yang diasaskan oleh Masayuki Saionji.

Manfaat Yumeiho (Digabung dgn Seni Urut Melayu) :

1) Menyembuhkan dan mencegah banyak penyakit, melegakan kepenatan badan
2) Memberikan kehagatan badan kerana ia seperti senaman
3) Memberikan kekebatan terhadap penghawa dingin
4) Meninggikan badan ( usia muda )
5) Mencantikkan wajah
6) Mengencangkan payudara
7) Membuat tubuh menjadi lentur, pergerakan menjadi lincah
8) Memperbaiki fungsi seksual
9) Mengatasi masalah sengugut
10) Mengatasi masalah keputihan
11) Menyembuhkan migrain, vertigo, sakit gigi
11) Sakit-sakit sendi dan sebagainya

Mana AbgLong belajar Yumeiho?
Mendapat Perlatihan yang cukup baik daripada Institute Yumeiho Malaysia @ Rumah Sihat Tanpa Ubat dibawah perlatihan Tn Zaphir Lembang  yang sudah mendapat pengiktirafan  di peringkat antarabangsa.

  InsyaAllah AbgLong ikhtiar  membantu sebaik mungkin.

One more..  selepas itu kita buat pula Tetapi Bekam..  InsyaAllah menghasilkan 5x ganda kesembuhan. Insya Allah!

Allah Maha Kuasa,  Makhluk Langsung Tiada Kuasa!  Ingat tu..!

Any Question???
Roger atau whatsapp : 0193376751

KHIDMAT TERAPI KESIHATAN
*******************************
" Sembuh dengan izin Allah "
                    Guna Saya Tanpa Was-was...
******************************************
 - Bekam Titik Nabi
 - Urutan Badan Tradisonal
 - Pembetulan Tulang Belakang  (Yumeiho)
 - Refleksologi Tapak Kaki
 ******************************************
 Penyelesaian Masalah Utama seperti :
 - Sakit Pinggang, Sakit Belakang, Sakit belikat, Kejang Otot, Lenguh Sendi, Sakit Tengkuk, Migrain, Kelakian..
--------------------------------------------------------------------
 Tel/Whatsapp :0193376751
No Pengamal Gapera : GP000831
Lokasi :Kg Melayu Subang
Page : Khidmat Bekam Subang
Blog : Terapi Bekam Dan Urut Melayu
******************************************